Friday, April 30, 2010

Info tentang arnab untuk dikongsi bersama.


                  "gambar arnab-arnab sedang makan berjemaah bersama-sama..berkenan tak?mahal nie.."

Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp.

Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.

Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.

Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.

Monday, April 26, 2010

Kereta Pilihan Impian..

bmw X6 memang kemas giler...harga pun panas gak nie...tapi kalu nak jadi rezeki tuh,tak mustahil leh dapat yang nie sebijik..

Rentak GU hari ini..


Price GU ari nie nampak menarik skit sebab dah ade satu trend pagi ni,mungkin ade something kut nak jadi petang or malam nie..kita pakat tunggu je la erk..hehehe...best tul buat bisnes nie,cuma nak kena sabar je...sabar dari tamak,sabar dari kerugian,dan pape lagi..hehehe...

Saturday, April 24, 2010

Spesis yang mahal dan diminati.


Wahai tuhan rahmati kami dengan Keberkatan Mereka...AMIN...


 Guru utama,sheikh dan murabbi,sayyidi al habib umar bin mohd bin salim bin hafiz bin sheikh abu bakar bin salim.


 al habib kazim as saqqaf


 al habib ali zainal abidin al jufri


 al habib abdullah bin muhammad bin syihab(juga digelar dengan qalbu tareem)


 Syeikh yasin Al Fadani(digelar dengan gelaran musnid dunia


 sheikh ramadhan al butiy(digelar dengan gelaran universiti bergerak)

 Empat beradik al ghumari: abdul aziz,ahmad,ibrahim dan abdullah.

Friday, April 23, 2010

Jalan-jalan di kelantan...duit keluar dan duit masuk...

Hari nie satu hari aku keluar ke kelantan,dengan alasan dari orang rumahku.."nak beli cd cerita utk tontonan pelajar-pelajar time rehat utk kem bestari solat.."aku draw duit dari acc forex fxopen,dapat la rm887.00agak lumayan dengan jumlah uds257 sebelum di convertkan dalam nilai RM.sekali harung je..keluar pagi balik petang,duit yang hampir 1k tuh dah licin dari dompetku..nampak gaya nak kena isi balik la dalam dompet nie.betul la kata sesetengah orang tua yang pernah aku jumpa(orang yang agak berduit la nie).."makin banyak duit,makin besar kehendak...")memang tepat kata-kata nie.
kelas pagi nie dan kelas petang jumaat aku cancel utk tidak merumitkan keadaan,semua tuh dah prepair pada hari khamis.malam tuh apak(pak sedara orang rumahku) masukkan duit yang aku draw tuh...habis hari nie kti beraya sakan.
walau beraya sakan,forex aku tetap jalan macam biasa,yang ade float tuh aku biarkan di rumah,kebetulan waktu tuh dah 6 headging,ade gak berdebar,tapi buat tak tahu je la..malam nie dah nak jadi rezeki,gu(singkatan dari GBPUSD) tetiba ade trend yang agak kuat,yang membolehkan aku positifkan acc aku..kira malam nie dapat close market dengan positive..dapat la 2usd lebih..ckit je kan?
kalau orang fikir camtuh,maka jawapan utk orang berfikiran camtuh adalah mereka tak layak utk bermain forex.kerana kunci kejayaan dalam forex adalah kesabaran.sebab tuh target jauh aku...hujung tahun nie,equity dalam acc aku dapat mencapai 10k....USD...hehehe...
ia tak mustahil untuk di gapai,kerana dah ada yang mampu mencapai ke tahap ini.jadi,itu adalah cabaran untuk aku.."kenapa orang lain boleh,sedangkan aku tak boleh???mane silap aku???aku menggunakan indikator yang terbaik dari cikguku,dan ade yang mampu melakukannya..jadi,tak mustahil untuk aku mencapainya seperti yang lain mencapainya..."
"nie chart yang aku main,seua indi ini diberi dengan percuma dari seorang guruku,cikguku dalam dunia forex..dan yang paling best,walaupun percuma,ia diuji keberkesanannya,dan sememangnya hasilnya mengagumkan...tapi pada mereka yang berfikiran positive dan hormat pada guru sahaja..."

Thursday, April 22, 2010

kerja apa nie?? mana ada orang duduk je dapat duit...???!!!

Majoriti dari kalangan kawan-kawanku,dan orang sekelilingku semua bersikap seperti tajuk ini.bahkan ada yang setengah duk kata.."kalau tak usaha kuat,tak sampai menitik peluh ke bumi,jangan harap la nak ada duit.belanja makan minum pun tak lepas.."..tu diantara dialog mereka yang memandang negative pada kedudukan aku hari ini.Yang lagi dahsyat,bila ada segelintir dari mereka cuma meletakkan jaminan hidup dapat dikecapi bila dah berstatus tetap sebagai seorang penjawat jawatan kerajaan.tak kira la kerja pape pun,janji kerja ngan gov,kira selamat.
Dimana silap pemahaman tentang kehidupan nie,aku tak tahu,tapi itu jawapan yang di pegang oleh kebanyakkan orang yang ada disekelilingku...tapi bukan padaku SEKARANG...(sebab dulu aku juga mempunyai persepsi seperti ini).dan kerana itu,aku kini bukanlah merupakan seorang yang berjawat dengan jawatan dalam kerajaan.aku adalah seorang kuli,dan aku adalah seorang bos...dengan kata lain..KEJE SENDIRI...macam-macam aku buat..darilah mengajar kelas-kelas fardu ain,buat niaga batu permata,cincin,niaga dalam bidang percetakkan..dan yang paling serius...FOREX...Foreign Exchange..
Kalau nak dikisahkan,memang akan jadi panjang sangat-sangat la..ringkasnya,dunia forex adalah dunia perniagaan yang mampu menjanjikan pulangan yang hebat kepada orang-orang yang menyelaminya,menikmatinya,dan tidak ada putus asa dalam dirinya.oleh kerana itu,forex bukanlah satu niaga yang mudah atau skim cepat kaya.jangan tertipu dengan semua kenyataan mengarut,nak mencapai kejayaan dalam dunia forex umpama nak mencapai segulung ijazah sarjana dalam bidang akaun.ia memerlukan pengorbanan masa dan harta.INGAT,forex bukan satu-satunya cara untuk kita menjadi kaya dengan sekelip mata..sebab ramai yang dah jadi papa dengan sekelip mata kerana dengan forex...tataa...lain kali kita cerita lagi...

salam satu dunia..

blog ini aku tulis untuk diri sendiri,dan juga orang-orang yang ade di sekelilingku,ia lebih kepada catatan hidupku.tapi aku cuba jugak untuk selitkan sesuatu yang berguna pada sape-sape je yang termasuk dalam blog nie,or terbaca dsb..supaya takde la rasa rugi sangat bila dah termasuk dalam blog aku nie.cite panjang,tak guna gak..tunggu la utk next post..dan post-post yang akan datang.hope semua yang membaca,dan terbaca blog ni akan suke dengan blog nie..ok..tataa...