Tuesday, June 29, 2010

Statement terbaru dengan modal 1k usd

Masih menggunakan teknik lama,sementara menunggu teknik baru di releasekan,tapi,walaupun begitu,broker forex akan sentiasa memberi peluang untuk kita mengutip pips yang bernilai dari broker mereka..kutiplah sikit ataupun banyak,walaupun cuma 10sen,kerana itu bermakna,anda sedang menuju kepada impian anda..

Monday, June 28, 2010

Sentiasa win!!!

Sekadar perhartian gerakan market akan ke mana,aku belajar menggunakan se minima mungkin indi untuk trade,dan mengkaji untuk mencapai seperti orang lain,trade dengan naked chart.susah..tapi memang berbaloi...(*sebenarnya aku pun masih guna indi yang dulu jugak,sebab nak tahu keadaan market rangging atau trending...hehehe..)

Friday, June 25, 2010

Lebih baik dari yang baik


Walaupun statement kali nie tak berapa menganam macam statement yang lain,tapi,prinsip aku,untung sikit lebih baik dari tak untung langsung,dan tak untung langsung lebih baik dari rugi sikit,dan rugi sikit(cut loss) lebih baik dari rugi banyak(mc)..jadi fikir-fikirkan lah yer...Kalu semua orang pakai prinsip nie..conform selamatt dalam forex..hehehe...

Thursday, June 24, 2010

Perlukah Para Trader Mengetahui Tentang SnR???

Pernah ditanay tentang soalan ini kepada saya,tentang SnR(SUPPORT AND RESISTANCE),Pada pandangan saya,SnR perlu diketahui dengan umum oleh para trader,ini kerana snr merupakan line harga yang dihormati oleh market makers,dan mereka tidak akan melanggar line-line tersebut dengan sewenang-wenangnya.kalu kita melihat pada graf,kita dapat saksikan bahawa market akan menjadi lemah atau berehat sebentar pada line-line berikut untuk menentukan perjalanan yang seterusnya,samada long atau short.Dan yang menjadi istimewa pada mereka yang mengkaji,bila mereka menemui titik harga yang menjadi jarak antara satu line,kepada line yang kedua,sememangnya open post dah tak perlu kepada trend yang kuat..post boleh dibuka setiap masa dengan keputusan...win..@)

Wednesday, June 23, 2010

Statement aku yang semalam..

Walaupun dengan 3sen aku main satu lot,tapi tu bukan bererti aku putus asa dan semangat dari meneruskan trader aku...dan hasilnya..seperti statement ini..

Tuesday, June 22, 2010

Lagu Piala Dunia

Post akan datang???

aku pun tak tahu kenapa dah jarang statement aku sampai dalam email aku..mungkin sebab masalah teknikal dalam email aku,or camane..tapi untuk setakat nie aku akan stop dulu kejap untuk post statement aku kat sini,tapi post2 yang akan datang tetap ada dengan isu-isu yang menarik..yang pastinya,aku akan sentiasa up kan aku punya blog nie biar  dia terus hidup seperti hidup acc aku.tengah kering macam time skang nie,modal forex la jadi mangsa bila aku draw lagi sebanyak 200usd..(skang nie modal aku cuma tinggal 350usd je..huhuhu...) tapi yang penting aku akan terus profit setiap hari,tanpa mengira berapa pun modal yang ada kat dalam tuh...dan aku tetap berdoa..mengharapkan rezeki yang besart..yela,mane tahu kut2 ade yang baik hati nak bagi guna modal dia untuk aku guna dulu untuk buat forex nie..kalu leh dapat 3k usd pun,tu dah banyak aku dapat kutip tuh...dengan modal banyak tuh,n juz [perlu main 0.30 je,dah memadai untuk aku buat bayaran 150usd every month..hehehe...tu ciput je..tapi camtuh la..ceritanya..takde lagi...huhuhuh...

Monday, June 21, 2010

Disiplin,yang paling utama


Sudah dua statement aku tak dapat dari fxopen untuk daily report aku.Walaupun begitu,aku tak akan cuma diam tanpa sebarang post yang terbaru dalam blog aku nie..mungkin kerana aku nie tidak berhati-hati pada malam sabtu baru nie..malam akhir untuk memorex,bila semua post aku dah clear dengan sebarang floating,dan aku dapat la malam tuh lebih kurang 8usd lebih,aku pun tengok la chart untuk EJ..pada awalnya tak terdetik pun hati aku nak masuk post atau nak test pape kat ej nie,sebab aku tak nak floating sampai masuk minggu depan,tak tahu la camane tangan nie gatal sangat duk tekan post..dah la tak ikut trend...trend sedang buy,aku gi bukak sell,tak ikut money managment..biasa aku cuma main 5sen jer..sebab aku guna 1% saja dari modal aku,tapi masa bukak post nie aku terbukak 5usd..bila dah jadi camtuh,alamatnya masuk longkang la aku..malam tuh aku cut loss..habis la lebih kurang dalam 70usd..tinggal la duit aku sekitar 555...bila disiplin dah tak ikut..memang akan hancur...bisnes forex memerlukan disiplin yang tinggi dari trader.kalu takde disiplin,sampai bila-bila pun akan lingkup gak..hehehe...

Friday, June 18, 2010

Hasil semalam

nie untuk hasil semalam,baru leh post malam nie..tapi tu pun sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan,hope maaf la semua ek..skang nie duk main tanpa banyak indi..juz guna bbands,tapi masih perlu kepada petunjuk dengan menggunakan sistem skill...pape pun,titik skill memang mengancam habis..hehehe..

Thursday, June 17, 2010

Kenduri di Kuala Berang dan Trend GU


Memang agak terkilan bila report untuk se4malam tak lagi aku post..tapi sebenarnya bukan aku nak ngelak untuk post pada hari nie,tapi sebenarnya,statement aku hari nie tak di hantar dalam email aku.aku duk tunggu lagi bila la statement tuh akan dihantar sebab aku akan masukkan dalam post nie..tak kira samada terlewat berapa hari pun.tapi yang penting aku popit pada semalam.Hari ni plak aku jadi driver mak aku untuk ke kuala berang,sebab ada makan gulai@kenduri@makan nasi minyak umah tok sedara aku sebelah mak aku.pergi la..dari kuala terengganu nak ke sana amik masa lebih kurang 45minit+-...duk sana lebih kurang 2jam lebih..bila balik je dari sana,duk tengok gu nak naik jauh..huhuh...perangkap aku dah kena..huhuhu...tapi tak banyak sangat la..sebab tak ade depan laptop,kalu ade depan laptop,boleh aku kasi perangkap gajah...tapi sebab nak selamat,aku pasang kelambu je..dan semua mengena...dengan dua lapis je kelambu tuh aku leh kaut la skit..hehehe...orang lain camane???mesti semua hepi nie..hehehe...

Tuesday, June 15, 2010

GU naik tinggi.

sikit je untuk semalam,bleh la hanya untuk dapatkan nasi ayam hari nie..hehehe..

Sunday, June 13, 2010

Info tentang Pisang...Untuk Para Traders.

PISANG / موز / BANANA / XIANG JIAO

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS: Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungikadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak.

Saturday, June 12, 2010

Sedikit Info Berkenaan Hukum Forex

*jika ingin melihat dengan jelas,klik pada gambar.

GU turun lagi

nie report semalam gu,memang mengancam abes la..tambah lak ngan advance,memang betul2 jadikan acc aku nie advance utk semalam..hehehe..

Friday, June 11, 2010

Letih ngan market semalam


Memang market semalam meletihkan aku,duk tunggu dari pagi hingga sampai semalam,tup...tup...dapat la jugak 5usd lebih.Syukur...syukur....hehehe....ok,cuma post kali nie aku tambah skit ngan report time aku op utk sape2 nak tahu n tgk..memang menggunakan skill+mn+mp2009 memang best..bile2 masa je leh masuk..hehehe..

Thursday, June 10, 2010

Bestnyer kalau dapat gi jalan-jalan nie


Semua anak murid aku ucap terima kasih bila aku batalkan kelas hari jumaat ni,masing-masing dah ada plan untuk gi jalan-jalan makan angin.ada yang nak ke K.B,ade yang nak ke K.L,ada yang nak ke Ayer Itam,dan macam-macam lagi la.kira keputusan aku ambik cuit pada cuti sekolah nie tepat la untuk mereka semua.takpe la,sebab masa dengan keluarga jugak perlu.Aku je tak dapat gi mana-mana sebab orang rumahku sekarang masih  dalam kursus yang terakhir.so dia kena duk dalam maktab selama sebulan untuk bulan 6 nie.every day kami msg n call..macam baru kenal plak..hehehe...dia selalu duk tanya,forex dapat berapa...every day dia tanya,jadi sebelum kuar report rasmi nie,dia dah dapat report tak rasmi dari aku..hehehe...target 10usd per daily aku masih lagi tak sampai walaupun hari memorex tinggal lagi 2 hari.tapi,aku tak kisah sebab market agak slow,jadi maybe minggu depan baru market akan pulih jalan macam biasa,hope camtuh la..anda semua camane???

Wednesday, June 9, 2010

Pukat semalam

Hasil sekarang nie makin kurang,tambah plak laut tak bergelora sangat,jadi susah skit la trader kecilan macam aku nak dapat tangkapan.kalu yang trader pro takpe la,air tengah keruh pun leh dapat ikan..orang lain dapat pasir je..hehehe...tapi yang penting,equity dah bertambah..sikit-sikit pun,leh la wat makan tengahari..tu dah kira ok la kalu nak banding tak leh makan langsung..hehehe...(*teringat kata-kata nie,walaupun dalam usia setahun jagung main forex,jagung kalu dah tanam setahun dah leh makan hasil tuh,dah leh buat benih yang baru utk seterusnya..tapi,aku ngan forex nie..dah 2 nak masuk 3 tahun da...sekilo jagung pun tak leh beli lagi..")

Tuesday, June 8, 2010

Masuk hutan Dan Trend forex

Satu hari duk tengok-tengok market untuk aku cari time yang sesuai nak dapatkan profit,tapi rupanya,satu hari jugak la GU tak gerak banyak.News takdecuba-cuba untuk masuk walaupuna sampai pada lapisan yang ke enam,dan win...tapi kelmarin tu cuma sekadar buat alas perut je.Jumlah semua hanya 3usd lebih je,namun aku bersyukur dan aku akan cari lagi untuk hari yang seterusnya untuk aku gantikan pendapatan yang hari ini.yang penting,positif..lebih baik dari negatif...tu yang penting.petang kelmarin plak ada anak muridku mengajak aku untuk masuk ke dalam hutanuntuk melihat perangkap kancil yang ditahan,boleh tahan jugak jauh dia,namun kami pulang dengan tangan kosong.tapi janji enjoy bila masuk dalam hutan nie..hehehe...

Sunday, June 6, 2010

Aku percaya pada dia

Dengan menggunakan Merdekarama,aku yakin dapat menjejaki arah trend yang ingin dibuat,walaupun aku umpama nelayan kecil yang menangkap anak ikan sewaktu gelombang besar yang melanda,namun aku tetap bersyukur...

Saturday, June 5, 2010

NFP semalam

Sebelum aku tulis post nie,sempat jugak aku jenguk blog cikgutengok ape yang paling latest.ada dua post yang cikgu tulis,satu tentang teori xxxx yang terbaru,yang aku yakin memang mengancam la..tengok kat ss pun dan meleleh air liur aku nak tahu apa faktor xxxx tuh.Sebab,sepanjang pengalaman aku mengikuti cikgu,memang cikgu tak pernah bagi sesuatu kepada orang melainkan benda tuh memang special,apa pun tahniah cikgu sebab dapat jumpa macam-macam dan dapat melahirkan orang-orang yang mampu menjana duit dalam forex ni..dan kalu nak tengok contoh yang terdekat,aku le...hehehe..walaupun aku dapat tak seberapa,tapi daily aku boleh kumpul sekurang-kurangnya 100pip per daily,tak pernah aku rasa pun sebelum nie..heheh...kalau cikgu boleh kutip sampai 4k usd semalam,anak murid yang baru belajar nie cuma leh kutip sikit je...takpe,janji popit...tapi sedih gak sebab aku kena draw duit aku 300usd...untuk guna cuti nie..banyak sangat jemputan kenduri..pape pun..hope semua leh enjoy ngan skill n MN cikgu..hehehe

Friday, June 4, 2010

Maaf kerana terlambat


Maaf kepada semua yang mengikuti blog aku kerana aku terlambat update untuk hari ni,bukan sengaja,tapi sebab aku ada hal sehingga tak mampu berada di depan laptop pagi tadi.kebiasaannya,aku akan update blog nie pada waktu pagi,tapi hari nie terlewat sampai ke maghrib plak.ok,nie statement yang semalam punya,dan hari nie pun dah aku dapat 50usd lebih,tapi maybe masuk market lagi kalu NFP malam nie bagi peluang buat duit lagi..hehehe..skang nie tengah takde duit + kenduri banyak = kena bagi hadiah..jadi aku terpaksa draw dari acc aku 300usd...huhuhu...tapi,walaupun gitu,aku akan stay ngan teknik yang best nie...ok,juz for info untuk semua,walaupun aku menggunakan MN,tapi dalam masa yang sama,aku juga buat kiraan mencari SnR daily..caranya..:
  1. Ambik open price pada hari tuh,senang cakap,amik price yang duk kat garisan putih..orang panggil period separators.
  2. Amik 3 no dari depan..cth ; 1.4647,kita akan ambil 3 no depan = 146
  3. darabkan dengan tiga cth ; 146 / 3 = 48.666
  4. bundarkan no tersebut,dan anda akan dapat SnR untuk hari itu... 
*(diambil dari sebuah blog untuk pengetahuan umum)

Thursday, June 3, 2010

Profit semalam yang bertambah

aku cuba nak ubah daily target aku dari 5usd kepada 10usd per daily,tapi aku akan mulakan target ini bila aku dah mencapai equity 800usd.Itu pun aku cuma menggunakan 1% sahaja dari modal aku,dan mampu mencapai daily target.PENTING KE TARGET NIE??? pada aku target nie penting untuk memastikan kita mencapai apa yang kita rancang,tapi walaupun begitu,jangan kita mengikat diri dengan mesti mencapai target,sebab akan ada hari kita tak akan dapat mencapai taget yang kita rancang.....ala..sama je jugak macam orang berzikir,yang terbaik adalah bila kita susun dan tetapkan berapa kali kita akan sebut...seribu?dua ribu?...sebab kalu kita tak letak,baca 10 kali dah rasa macam banyak(tu zikir,kalu forex,dah dapat 50pip masih rasa sikit,akhir skali terlalu ghairah,masuk dan tak jaga disiplin..habis hancur...).maka target akan membantu kita untuk menetapkan pendirian kita dan mendisiplinkan kita,tapi,akan ada kalanya,kita akan keluar dari target,dan ada kalanya kita akan cari lebih dari target..tapi,yang penting,matlamat kita dan tujuna kita mesti jelas...

Wednesday, June 2, 2010

Profit semalam


Dari pagi sampai semalam,report acc forex aku yang hanya aku main 1% seperti apa yang diberitahu cikgu.mungkin orang anggap aku nie penakut dan sebagainya.Anggapan orang semuanya tak penting,yang paling penting ialah,kalau aku mampu untuk mendapatkan daily target aku walaupun dengan menggunakan 1% dari modal,(skang nie aku guna 7sen utk satu lot,sebab duit dalam acc aku baru je 700 lebih..),untuk apa aku risk diriku dengan membuka dengan lot yang besar,yang aku tak tahu adakah aku untung atau rugi..yang floating semalam pun dah profit pagi nie bila aku tgk masa bangun subuh pagi nie,Alhamdulillah..Rejeki sebelum gi ngajar pagi nie..apa-apa pun,sistem yang cikgu kurniakan,mn yang cikgu berikan,semuanya adalah berbaloi-baloi..hehehe..

Tuesday, June 1, 2010

Kunci forex dari sifu-sifu dunia

Kalau tengok dari tajuk,macam power jerk,tapi sebenarnya aku cuma peringat dan perangat balik kunci kejayaan yang menjadi asas kepada kejayaan mereka semua..(macam warren buffet,dll la yang power2 dalam forex nie..).kunci mereka sebenarnya adalah MM atau dikenali dengan money managment.Ini kunci yang utama yang aku selalu kena duk peringat kat diri aku sendiri sebab aku nie pun kekadang ghairah gak nie.Bila duk tengok kena floating,aku suke buat gaya menggila..(harap pasni jangan la aku buat lagi..),aku tengok je mana trend nak gi,pastu aku akan block satu post dengan nilai yang tinggi..kadang-kadang tuh sampai 50usd satu post..memang kalu leh profit,mengancam la...aku pernah dapat hampir 500usd utk dua tiga post je..tapi skill nie jugak membunuh acc aku dengan sekelip mata,pernah aku dah untung sampai 2k,dah sekali ganda dengan modal,tapi kerana buat skill nie,lingkup semua sampai tak dapat satu sen pun.huhuhu...skang nie nak maintain ngan ape yang ade...1% dari modal tuh dah lebih dari power..nak senang kira,100usd = 1sen je untuk satu post..bunyi macam kecik,tapi sebenarnya mengancam..hehehe..kalau tak cukup satu sen lagi untuk sejuta pun,masih jugak tak dikira jutawan taw..hehehe...fikir - fikirlah..

Perjalanan sebulan trade aku..macam-macam hal..

kali nie aku akan letakkan statement untuk bulan 6 satu bulan,jumlah yang aku dapat dalam bulan 6,walaupun semua pembaca dah tahu,asalnya misi aku untuk 100usd dah terbatal dengan suntikan dana kedua sebanyak 500usd,tapi,tu sebenarnya sekadar kebetulan je..ade rezeki untuk aku tambahkan modal,kalu tak,aku tetap dengan dengan misi nie,sebab modal tuh baru je tambah minggu lepas,jadi hampir sebulan jugak la aku menggunakan modal 100usd,dan setakat nie,boleh aku katakan pencapaian agak memuaskan,tapi blum btul2 cemerlang sebab aku belum lagi menemui titik berdansa dengan market GU nie walaupun dengan menggunakan bantuan2 indikator yang dikurniakan oleh cikgu..sasaran aku 5usd perdaily boleh dikatakan 75% adalah berjaya..cuma untuk mengawal emosi dan mendisiplin nie aku agak gagal,itu nak kena banyakkan latihan lagi...apa-apa pun,tgk la sendiri bulan pertama misi aku...hehehe...