Saturday, May 29, 2010

Hasil untuk hari jumaat

sampai ke headging yang ke enam,acc aku dah tinggal lagi 400%,tapi aku dah biasa,dan aku yakin yang pasti akan ade trend yang kuat selepas nie..hehehe..umpama macam awan,lagi lambat dan hitam awan tuh kat langit,tu maknanya lagi lebat la hujan tu turun nanti..hehehe..tapi,aku cuma ade tempayan kecik je,jadi semalam aku cuma ambik sekadar penuh tempayan...ade orang ,siap tambah guna besen,baldi dll..takpe la..yang penting,aku tak jem dalam market sampai nak kena bawak ke hari sabtu..tu yang mesti aku kena hati2..pape pun,ni ss yang mengisahkan ttg market semalam..

Friday, May 28, 2010

Tunda malam jumaat..

"TERIMA KASIH CIKGU..."..ini saja ungkapan yang mampu ku lafazkan buat cikgu wha,yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku dan kawan2 yang lain.dengan mn yang diberi,sehingga ke hari nie,pukat yang aku guna untuk menunda mampu menjadikan acc aku semakin meningkat sampai ke tahap ini,dan ss ini sebagai bukti bahawa,magic number cikgu memang mampu memberi pip kepada orang yang mengguna..dan mengendalikannya dengan betul..terima kasih cikgu..

Thursday, May 27, 2010

Tundaan semalam....

Aku bukan buffet yang mendapat beribu per daily,aku cuma diriku yang hanya mampu mengambil sedikit dari faedah dalam dunia forex,namun ku tetap bersyukur..kerana dengan bersyukur sahaja nikmat itu akan ditambah lagi..

Wednesday, May 26, 2010

pukat semalam dan suntikan dana kedua

semalam sampai jam kul 1 lebih,aku berjaya gak setelkan semua post2 yang ade,dan jumlah semua pips dapat lebih dari 100...Alhamdulillah...dan yang lagi best,bila akaun aku nie disuntik dengan modal utk kali kedua,sebanyak 400 jerk...jadi,misi 100 dah tenggelam dengan ransangan modal nie.ok,untuk information semua la,sebagai nak membantu dan memberi faham kepada newbie..(sebab aku pun newbie gak,)adalah menjadi risk bila kita bermain dengan modal dibawah 300usd..kerana,kebiasaannya,orang-orang inilah yang di 'aim' oleh broker untuk di lostkan.tambahan lagi jika mm tak dijaga,dan hasilnya...dapat MC...dan untuk trader yang mc,jangan gopoh,dan serabutkan kepala dengan topup segera(istilah topup nie aku guna sebab,dulu pun aku lebih kurang camnie,bila habes duit,aku topup..macam topupkan hp)..ambil masa rehat seminggu dua,atau sebulan,cari kelemahan,aturkan balik strategi,jadikan pengalaman itu sebagai pandu arah untuk kita tidak terkena buat kali kedua.anda pasti akan dapat lihat pada masa akan datang,duit anda berganda sedikit demi sedikit.

Tuesday, May 25, 2010

Trade semalam..

report trade semalam,sampai kul 12 tengah malam,sambil tgk tv3,cite fearless...hehehe..rejeki untuk makan mee talam pagi nie..

Perbahasan tentang bab air siri pertama

baiklah,macam pernah aku janji,dalam blog aku nie,aku akan cuba masukkan tentang info agama gak,jadi untuk buat semua yang ziarah blog nie takde la rugi sangat sebab,selain boleh tgk statement aku,korang akan dapat amik ole-ole dari blog nie iaitu ilmu yang berguna.ok,kalu kita bukak mana-mana kitab pun,sememangnya kitab akan memulakan dengan bab nie,kerana bab ini menjadi perantaraan yang penting untuk seseorang tuh bersuci,jadi dimulakan dulu dengan bab nie

Air dari segi syarak dikenali dengan molekul-molekul yang lembut,yang berwarna dengan warna bekas,dan diciptakan oleh AllAH untuk menghilangkan dahaga kepada sesiapa yang meminumnya,maka itu yang didefinasikan dalam syarak,dikenali dengan h2o dalam sains.dalam islam,air dibahagikan mengikut hukum-hukum tertentu.iaitu dibahagikan kepada 3 bahagian,iaitu mutlak,musta'mal dan mutanajjis.kita akan sambung pada siri yang akan datang dengan pecahan-pecahan air ini,dan saya akan mempermudahkan untuk semua tentang air ini,supaya tidak ada lagi masalah yang berkaitan dengan air yang menjadi kemusykilan untuk kita semua..sekian,wasalam.

Lappy aku dah berubah lagi..

Yang kali nie lagi best,lagi banyak benda,lagi smooth dia bergerak...hehehe..mekasih pada kawanku mds yang banyak tolong lembutkan isi hati lappy aku nie dari keras sampai jadi lembut..tak tahu la dia baca mentera ape sampai power sangat tuh..hehehe...skang nie,aku klik je,dengan senang hati mengikut perintah aku..hikhikhik...dan satu lagi,makin bertambah cantik lappy nie,ha,nie aku tunjuk kat korang utk tatapan korang tgk wibdow depan dia camane..(sori lama tak update,sebab banyak hal skit baru nie,skang nie aku update dan akan aku cuba utk istiqomah..hehehe...)

Friday, May 21, 2010

Berkat malam jumaat

Walaupun dengan jumlah tak seberapa,tapi boleh la sekadar nak pekena roti canai dan teh tarik pada pagi jumaat...hehehe..

Thursday, May 20, 2010

Bila laptop dah tukar wajah(imej)...

Bagi kelmarin,hari nie dah leh ambik laptop aku dengan wajah yang baru,win 7...semuanya gara-gara tengok laptop dia...(mds...sape kenal,kenal la...tak kenal,duk diam-diam..baca je...jangan nak kata pape...).nampak smooth semacam je...nak bandingkan dengan laptop aku,kalu load macam siput je..mintak la dia tolong jampi-jampikan bagi power.dia pun amik petang kelmarin,dan jump-py la laptop aku sampai berubah warna,berubah semua-semua,dan best pakai...cuma satu je...tak sama macam laptop dia...aku try tanya,rupanya dia pakai yang lagi best...jampi dia peringkat lagi tinggi..mintak la suh dia jampikan skali lagi..dan mds setuju la nak menjampikan laptop aku nie skali lagi peringkat kedua nak bagi jadi power macam laptop dia..hopenya leh la aku rasa smooth macam dia rasa...hehehe...tu satu cite,citer no dua plak..pasa ikan laga aku...(sekila,ade yang tulis sekilau,macam2..aku pun tak tahu mane yang paling tepat..),aku dah bagi dia mengawan la ngan satu betina..hope ade baby la pasnie...meramaikan zuriat lak..hehehe..dan yang last skali dalam psot nie,nak umumkan,maybe blog nie aku akan guna gak utk buat tempat share pape permasalahan agama,tu pun kerana menyampaikan amanah yang aku pegang.jadi,yang siapa berminat nak follow,leh follow..dan jika ade sesuatu yang rasa menjadi persoalan,jangan segan or malu..tanyalah...dan saya akan menjawab apa yang aku tahu..tu je yang mampu ku katakan..k,dah nak tido dulu...fi amanillah....(malam nie nulis sebab rasa best je main lappy nie..laju je..hehehe..mekasih pada mds kerana membantu..)

Timbul dan Tenggelam...

Dah memang newbie,nak wat camane..mesti ade time terapung cantik,dan mesti ade time tenggelam sampai mendap,tapi,walaupun begitu,yang penting adalah mesti teruskan race walau camane pun.mudah-mudahan dengan ada usaha,ada doa,cukup syarat yang dikehendaki,suatu hari nanti pasti DIA akan perkenankan hajat kita semua...Amin...

Wednesday, May 19, 2010

Hasil semalam punya...


Semalam dah jadi rezeki untuk aku dapat lebih dan tutup mana2 lubang yang pernah bocor dari target.dan aku yakin semua yang menunggu dengan sabar semalam pun akan dapat hasil yang lumayan atau lebih lumayan dari aku nie..

Tuesday, May 18, 2010

Beta splendens...???


Tengok pada tajuk nie,memang best,sebab nak cite tentang beta splendens...apa beta splendens nie?ha,nie salah satu hobi aku dan hobi kebanyakkan orang jugak la...itu nama latin untuk ikan laga@ikan skila.semalam bila kau balik ke besut,aku gi la usha-usha beberapa kedai yang menjual ikan skila nie..(sowi pakai ikan skila,sebab orang ganu panggil camtuh).yang paling jadi kegilaan hari ni,ikan skila jenis half moon.dan kalu nak tahu,kebanyakkan ikan skila nie berasal dari siam.aku cakap camnie sebab kat sana,siap ade orang buat kacuk ikan skila nie buat jadi macam warna bendera diorang...fuuuh...dahsat tul..

Aku adalah borong skit untuk dibuat baka,sebab ikan nie jenis yang mudah membiak,kalu kena dengan cara jaga.ok,pada kawan-kawan yang nak try buat jugak,boleh je,kat sini aku bagi beberapa tips penting untuk caring ikan nie..
  • untuk pemilihan baka yang baik,seeloknya cari jantan yang muda,yang nampak kuat dan tidak ade kekurangan(kekurangan ikan skila nie spt cacat,bacul dsb..)  dan umur yang paling sesuai untuk dibeli sekitar sebulan setengah hingga dua bulan.
  • untuk menjadikan ikan laga kita yang terbaik,dan keturunan yang power-power,adalah memerlukan latihan yang rapi untuk ikan laga tu sendiri,iaitu,pada umur sekitar sebulan setengah hingga 2 bulan ini,anda latih lah dengan cara mengadukan antara satu sama lain pada waktu pagi sebelum memberi makan selama 10 minit.
  • ikan laga ini tidak memerlukan air yang banyak,hanya sekadar satu jari kedalamannya sudah mencukupi,dan air mestilah ditukar 3hari sekali untuk menjamin kesihatan ikan.
  • makanan yang terbaik untuk ikan laga adalah makanan hidup seperti jentik-jentik,mak inai,kutu air dsb atau boleh juga dengan membeli blood worm dikedai.saya tidak berapa syorkan penggunaan pelet kerana ia boleh menyebabkan kembung perut ikan dan boleh membawa kepada mati.
dengan beberapa petunjuk yang aku bagi nie,semoga sape-sape je yang ade niat untuk membela sebagai hobi atau sebagai income luar,semuanya berjaya.ikan nie kalu kat area terengganu dah jadi harga rm 7 paling murah dan boleh sampai kepada rm300...ini di antara peluang yang mudah untuk menambahkan pendapatan.ok,bye...

hasil trade semalam...

cuma ini je yang aku dapat kutip untuk semalam.pagi aku ade kelas mengajar,tengahari aku balik ke besut tanpa membawa lappy aku sekali,dan malam baru aku sampai umah.jadi yang semalam tuh cuma dapat tuh je..tapi yang penting equity dah bertambah,pip dapat dikumpulkan..semangat!!! nak kumpul banyak lagi hari yang seterusnya...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Hari nie semua orang yang bergelar guru menyambut hari ini demi mengenang jasa mereka.dan tak juga aku lupakan kepada guruku yang mengajar dalam dunia forex ini,guruku yang mengajar matematik,yang mengajar prinsip akaun,yang mengajar perdagangan,yang mengajar agama dan semua je la...hehehe..yang penting,aku ucapkan dengan besar hati...SELAMAT HARI GURU...(tak lupa jugak buat wife aku sendiri..sebab dia pun ngajar gak kat sekolah..tadi wat balik hadiah...hehehe...budak2 tahun satu bagi..bagi kad terbalik pun ade..hehehe)

Hanya dengan satu klik rm100

Malam nie lepas gi makan nasi goreng ayam ngan wife kesayangan,aku surf la tenet tengok la pape yang patut untuk nak menjana ekonomi keluarga agar bertambah baik.pastu je aku terjumpa dalam satu blog mamat mane ntah,cakap macam tajuk post nie..bile try masuk,rupanya dia nie pakai main sistem downline.sekarang nie semua camtuh,nak dapat duit camtu.aku bukan nak kondem pape,cuma nak bagitahu,jangan la buat iklan sampai camnie..terkezut orang baca..hehehe..sampai aku pun nak jadi promoter untuk forex nie...kalau nak tahu,main forex lagi syok..bukan 100 je satu klik,1000 pun bleh..usd lagi tuh..hehehe..tu kalu cerita untung la..kalu rugi,tanggung sendiri ek..hehehe...

Saturday, May 15, 2010

Laporan hari jumaat baru nie

Memang dah aku bagitahu dalam post yang sebelum nie..aku nie budak masih belajar,dan perlu kepada peringatan dan teguran yang membina dari semua,buktinya,report kali nie tak best sangat,tapi tak bererti aku dah tewas..cuma perlu kepada pembaikkan yang lagi elok untuk tingkatkan mutu aku..tu aje..rugi 2usd kerana market hari jumaat agak menguji ketenangan emosi..dan hasilnya..aku kerugian sedikit..

Friday, May 14, 2010

Laporan semalam

Nie cuma statement untuk semalam.Walaupun jumlah duit tuh nampak sedikit,tapi kalau nak dikirakan dari pip,semuanya sebanyak236 pip...berbaloi...baloi...heheheh...

Thursday, May 13, 2010

Bila dimarahi....

Seringkali kita mendengar kalimah ini dan mengalami sendiri perasaan ini...MARAH..namun sebelum terbitnya perasaan ini,sebenarnya akan ada satu perasaan yang menyebabkan kita menjadi marah kepada seseorang.terkadang ia adalah kerana benci,dan ini merupakan punca asal kepada marah.
Namun,bukan semua orang memarahi seseorang kerana benci semata-mata..ada yang memarahi kerana sayang,kerana bimbang,kerana peringatan dan sebagainya.contoh yang paling hampir..biila kita melihat seorang ibu memarahi anaknya bermain pisau..pasti kita akan berkata,ibunya memarahi anaknya kerana dia menyayangi anaknya supaya tidak terluka dengan pisau dan sebagainya.
Dan disebalik marah ini juga,ada sesuatu yang tersirat yang hanya difahami oleh golongan yang mencari redha tuhan,iaitu mereka melihat kemarahan ini adalah ujian kepada mereka dan keatas mereka dari tuhan yang maha pengampun.Dan alangkah indahnya marah dan senyum jika ianya adalah bersulamkan dengan apa yang dikehendaki oleh yang maha pencipta...kerana marah dan suka kerana ALLAH,adalah sifat yang dipuji yang dimiliki oleh orang yang dipuji oleh makhluk dilangit dan di bumi...Nabi Muhammad S.A.W...

Daily target untuk DUA bulan pertama

Hasil 'memukat' semalam


Hasil dari melabuhkan 'pukat' untuk semalam,inilah habuannya..walaupun tak seberapa,tapi dah cukup untuk buat belanja pada hari tersebut,hari lain dengan rezeki lain mudah-mudahan..tuhan melimpahkan rezeki dan menambah rezeki pada sesiapa yang bersyukur sahaja.jadi,walaupun nampak jumlah yang agak kecil,tapi kalau nak dikirakan dengan hasil pip,semuanya itu berjumlah 205pip.tak pernah aku dapat sebelum mengenali sistem yang cikgu ajar dan sebelum dapat tunjuk ajar dari cikgu,tapi skrang,aku mampu milikinya..ha,dan yang semalam cuma dapat skit je kan?lebih kurang 30 pip..kira yang nie tolong tampung la..utk bagi maintain.kita tengok lagi sampai akhir tahun nie,camane ceritanya..

Daily target

Lupa plak nak terangkan dalam blog nie tentang target harian ku dalam misi 100usd tuh,tapi masih tak terlambat untuk aku ceritakan dalam nie sebab masih lagi di awal-awal perjalanan misi ni.baiklah,untuk pengetahuan sesiapa je yang baca dan tengok blog nie,untuk misi 100usd nie,daily profit aku cuma untuk dapatkan 80 pips setiap hari.tapi ia cuma rule yang perlu aku ikut bila mampu dan bukan bererti aku terpaksa.sebab jika terlalu memaksa,boleh menyebabkan lost.(tu yang pernah aku lalui..kerana nak dapatkan target daily,akhir aku lalai dari guide asal yang menyebabkan aku lost..dan yang paling dahsyat yang pernah aku hadapi bila lost 700+- usd kerana sebab ini dan juga tamak).

jadi aku kena pegang prinsip.camane nak dapatkan pips,dan belajar bersabar dari diganggu emosi dan nafsu ketamakkan.sebab dengan benda-benda nie la punca ramai trader gugur tak sampai hajat yang dikehendaki.kalu nak ikutkan,sistem yang diberi memang dah gred A++,tapi failed jugak..huhuhu..dan kalu tengok,1st day aku untuk misi 100sd nie tak sampai target daily,takpe..sebab akan ade hari,aku boleh lebih dari target,maka yang lebih tuh tolong kambus yang kurang.tu je la yang leh cite..so,tgk la utk post yang akan datang..dan kita belajar dari silap sama-sama..(teringat kata guru disiplin sekolah rendah aku dulu..dia cakap,"orang yang melakukan kesilapan yang sama lebih dari tiga kali adalah orang bodoh"...huhuhu)

Wednesday, May 12, 2010

Jualan batu besar-besaran terus kerumah..

Anda pilih,kami bagi..dengan harga yang berpatutan dan batu yang berkualiti,kami disini menyediakan kepada penggemar batu permata untuk memiliki dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua orang.rebutlah peluang..pilih yang mana berkenan..

Report pertama...

nie report pertama aku dengan menggunakan modal usd 100..walaupun kelmarin cuma dapat 62 sen je...hehehe..tapi tu bukan nilai yang patut diperkecilkan..sebab prinsip yang aku guna...untung satu pip lebih baik dari -1pip...jadi 62 sen nie dah kira permulaan yang baik untuk aku teruskan mengorak langkah yang seterusnya..amin...(selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu yang sanggup mengorbankan segalanya demi anak2 mereka,hari ni masa mengajar tadi pun duk citer pasa hari ibu gak..hehehe...)

Tuesday, May 11, 2010

Batu permata impian

Tengok pada tajuk pun macam nama kat satu blog yang jual batu tuh..heheh..bukan tiru,tapi juz nak citer la..dalam banyak-banyak hobi,nie,ada satu hobi yang jadi kegemaran untuk aku...mengumpul batu...hehehe..sebut je pasal batu,asal batu je,semua nak tengok.tapi memang terkadang pelik jugak bila dengar orang yang suka tentang kumpul batu nie..macam-macam hal yang berkait ngan batu..ade yang pernah aku dengar,kalu nak test batu ade power ke tak,amik susu orang pempuan yang beranak anak sulong,pastu letak kat batu..kalu batu tu lari dari susu tuh,maknanya power..hehe..ade lagi yang lagi dahsyat,genggam batu tuh,pastu rendam tangan dalam air dan lain-lain lagi..hehehe..tak salah tu memang la tak salah..asal la tak lari i'tikad asal sudah la..memang ciptaan tuhan nie semuanya berhikmah dan tidak dijadikan dengan sia-sia,semoga kita dapat amik iktibar dan fahami kejadian tuhan nie dengan betul dan berlandaskan pemahaman yang sebenar..amin..

Projek 100 usd

Kali ini aku namakan dalam akaun fxopen aku dengan projek 100 usd...aku nak mulakan dari yang paling rendah..dan kita pakat tgk sampai akhir tahun nie,berapa yang mampu aku buat..kalu lingkup,bererti aku masih banyak nak kena belajar dan terus belajar dari kesilapan itu..akaun fxopen nie dah aku kosongkan.,,dan modal aku nie akan aku masukkan rm300 je dulu..memant tak sampai 100usd,tapi aku anggapkan 100usd kerana aku kira bundaran yang paling hampir dengan jumlah tu.dan setiap kali ada report,aku akan cuba upload kat sini utk diri aku sendiri.kerana ada faedah tersendiri dengan meletakkan sesuatu pada blog kita.antaranya boleh membangkitkan semangat kita bila kita lihat kejayaan kita.jadi,sebab tu aku akan letak..tak kira aku menang or aku gagal...aku akan postkan report acc nie sampai akhir tahun nie..dan kita semua pakat duk tgk,apa hasil yang mampu aku lakukan.

Saturday, May 8, 2010

Balik Besut...

Harap pada semua pemandu-pemandu waja peka ngan alat nie...nie jantung kereta..kalu shock nie...kereta tak leh jalan...sebab aku dah kena ngan penyakit nie...

Thursday, May 6, 2010

Hari nie dalam sejarah..

petang nie sebelum kuar makan ngan orang rumah..gi makan nasik ayam..habis la rm20...heheleh guna wat belanja malam nie plak yang baki nie...

Bukti kehebatan Magic Number bila digandingkan dengan skill..

kat sini aku nak tunjuk skit je la...hasil harian aku..walaupun bermula pada awal bulan januari tahun nie,tapi aku akan paparkan mulai bulan mei nie.Semua ini hasil dari tunjuk ajar dari cikgu ku yang aku hormati,n rakan2 yang lain yang banyak bantu..kalau mereka baca psot nie,aku tahu mereka semua ni pasti akan tersenyum.sebab aku tak akan bangkit kalau bukan dari nasihat dan tunjuk ajar dari mereka semua..terima kasih..jasa semua yang dah bantu aku untuk bangkit dalam bidang forex nie tak akan aku lupakan..