Tuesday, May 18, 2010

Beta splendens...???


Tengok pada tajuk nie,memang best,sebab nak cite tentang beta splendens...apa beta splendens nie?ha,nie salah satu hobi aku dan hobi kebanyakkan orang jugak la...itu nama latin untuk ikan laga@ikan skila.semalam bila kau balik ke besut,aku gi la usha-usha beberapa kedai yang menjual ikan skila nie..(sowi pakai ikan skila,sebab orang ganu panggil camtuh).yang paling jadi kegilaan hari ni,ikan skila jenis half moon.dan kalu nak tahu,kebanyakkan ikan skila nie berasal dari siam.aku cakap camnie sebab kat sana,siap ade orang buat kacuk ikan skila nie buat jadi macam warna bendera diorang...fuuuh...dahsat tul..

Aku adalah borong skit untuk dibuat baka,sebab ikan nie jenis yang mudah membiak,kalu kena dengan cara jaga.ok,pada kawan-kawan yang nak try buat jugak,boleh je,kat sini aku bagi beberapa tips penting untuk caring ikan nie..
  • untuk pemilihan baka yang baik,seeloknya cari jantan yang muda,yang nampak kuat dan tidak ade kekurangan(kekurangan ikan skila nie spt cacat,bacul dsb..)  dan umur yang paling sesuai untuk dibeli sekitar sebulan setengah hingga dua bulan.
  • untuk menjadikan ikan laga kita yang terbaik,dan keturunan yang power-power,adalah memerlukan latihan yang rapi untuk ikan laga tu sendiri,iaitu,pada umur sekitar sebulan setengah hingga 2 bulan ini,anda latih lah dengan cara mengadukan antara satu sama lain pada waktu pagi sebelum memberi makan selama 10 minit.
  • ikan laga ini tidak memerlukan air yang banyak,hanya sekadar satu jari kedalamannya sudah mencukupi,dan air mestilah ditukar 3hari sekali untuk menjamin kesihatan ikan.
  • makanan yang terbaik untuk ikan laga adalah makanan hidup seperti jentik-jentik,mak inai,kutu air dsb atau boleh juga dengan membeli blood worm dikedai.saya tidak berapa syorkan penggunaan pelet kerana ia boleh menyebabkan kembung perut ikan dan boleh membawa kepada mati.
dengan beberapa petunjuk yang aku bagi nie,semoga sape-sape je yang ade niat untuk membela sebagai hobi atau sebagai income luar,semuanya berjaya.ikan nie kalu kat area terengganu dah jadi harga rm 7 paling murah dan boleh sampai kepada rm300...ini di antara peluang yang mudah untuk menambahkan pendapatan.ok,bye...

No comments:

Post a Comment