Thursday, May 13, 2010

Bila dimarahi....

Seringkali kita mendengar kalimah ini dan mengalami sendiri perasaan ini...MARAH..namun sebelum terbitnya perasaan ini,sebenarnya akan ada satu perasaan yang menyebabkan kita menjadi marah kepada seseorang.terkadang ia adalah kerana benci,dan ini merupakan punca asal kepada marah.
Namun,bukan semua orang memarahi seseorang kerana benci semata-mata..ada yang memarahi kerana sayang,kerana bimbang,kerana peringatan dan sebagainya.contoh yang paling hampir..biila kita melihat seorang ibu memarahi anaknya bermain pisau..pasti kita akan berkata,ibunya memarahi anaknya kerana dia menyayangi anaknya supaya tidak terluka dengan pisau dan sebagainya.
Dan disebalik marah ini juga,ada sesuatu yang tersirat yang hanya difahami oleh golongan yang mencari redha tuhan,iaitu mereka melihat kemarahan ini adalah ujian kepada mereka dan keatas mereka dari tuhan yang maha pengampun.Dan alangkah indahnya marah dan senyum jika ianya adalah bersulamkan dengan apa yang dikehendaki oleh yang maha pencipta...kerana marah dan suka kerana ALLAH,adalah sifat yang dipuji yang dimiliki oleh orang yang dipuji oleh makhluk dilangit dan di bumi...Nabi Muhammad S.A.W...

No comments:

Post a Comment